Jerman Nazi memiliki
kem-kem tahanan (
Bahasa Jerman: Konzentrationslager
[kɔntsɛntʁaˈtsi̯oːnsˌlaːɡɐ], KZ atau KL) diserata wilayah yang ditaklukinya. Kem tahanan pertama
Nazi telah didirikan di
Jerman pada Mac 1933 sejurus selepas
Hitler menjadi Canselor dan
Parti Nazi telah diberi kuasa mengawal pasukan polis melalui Menteri Dalam Negeri Reich
Wilhelm Frick dan Pemangku Menteri Dalam Negeri Prusia
Hermann Goering.
[1] Digunakan untuk menahan dan mendera musuh politik dan penganjur kesatuan, pada mulanya kem tersebut menahan hampir 45,000 orang salah.
[2]SS Heinrich Himmler mengambil alih kawalan polis dan kem tahanan diseluruh Jerman pada tahun 1934–35.
[3] Himmler mengembangkan peranan kem untuk menangkap apa yang dikenali sebagai "unsur-unsur perkauman yang tidak diingini" dalam masyarakat Jerman, seperti
Yahudi, penjenayah, homoseksual, dan
Romani.
[4] Bilangan orang di kem, yang jatuh pada 7,500 orang, meningkat semula ke 21,000 orang pada permulaan Perang Dunia II
[5] dan memuncak pada 715,000 orang pada Januari 1945.
[6]Kem-kem tahanan telah ditadbir sejak tahun 1934 oleh
Inspektorat Kem Tahanan yang mana pada tahun 1942 telah digabungkan kedalam
SS-Wirtschafts-Verwaltungshauptamt dan dijaga oleh
SS-Totenkopfverbände (SS-TV).Para cendiakawan sejarah
Holokus membezakan antara kem tahanan (diterangkan dalam artikel ini) dan
kem penghapusan, yang telah ditubuhkan oleh pihak Nazi untuk pelupusan besar-besaran
terutamanya ghetto Yahudi dan populasi kem tahanan.